Kelas Kesedaran eSukan Anti Doping & Bahan Terlarang eSukan
11 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Oktober 2025, tiga orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai Kelas Kesedaran eSukan Anti Doping & Bahan Terlarang eSukan. Sesi ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai maksud doping dalam konteks eSukan serta bahaya penggunaannya terhadap kesihatan dan integriti pemain.
Sepanjang sesi, peserta telah menonton video pembelajaran yang menerangkan dengan jelas maksud doping, jenis-jenis bahan yang biasa dilarang, serta kesalahan dan akibat yang boleh dikenakan terhadap pemain yang terlibat. Tayangan ini juga membantu peserta memahami kepentingan membina kesedaran untuk mengelakkan penggunaan bahan terlarang dan mengekalkan persaingan yang sihat dalam eSukan.
Melalui aktiviti ini, peserta dapat menyedari kepentingan mengamalkan nilai disiplin, tanggungjawab dan integriti dalam dunia eSukan. Program ini diharap dapat melahirkan komuniti pemain eSukan yang lebih beretika, sihat dan bebas daripada sebarang bentuk doping.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: